2025

UNISEL Hack The Flag: Internal Edition

Program bersifatkan akademik ini dicadangkan khusus untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai asas keselamatan siber melalui aktiviti Capture The Flag (CTF) dalaman. CTF adalah permainan keselamatan siber yang melibatkan pencarian dan penyelesaian pelbagai cabaran yang meniru serangan dan pertahanan dalam persekitaran sebenar.

AI-Next – (AI untuk Masa Depan)

Generative AI merupakan teknologi terkini yang menjadi tunjang kepada
perkembangan inovasi dalam pelbagai bidang, termasuk pendidikan, perniagaan, dan
seni. Dalam konteks pengkomputeran, teknologi ini menggunakan model pembelajaran
mesin yang canggih untuk mencipta kandungan baharu seperti teks, imej, muzik, dan
video.

SmartStart ML: Machine Learning for Beginner

Machine Learning (ML) merupakan salah satu cabang kecerdasan buatan
(Artificial Intelligence) yang memainkan peranan penting dalam pembangunan teknologi
masa kini. Penguasaan asas ML adalah amat penting bagi pelajar dalam bidang
pengkomputeran untuk mempersiapkan diri menghadapi cabaran industri yang semakin
didorong oleh data dan automasi.

EcoRun: Tech & Wellness

Program EcoRun: Tech & Wellness bertempat di Fruit Valley Selangor merupakan
sebuah inisiatif dinamik yang bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat sambil mengetengahkan keindahan alam semula jadi. Direka untuk semua peringkat umur, program ini bukan sahaja menawarkan pengalaman rekreasi yang menyeronokkan, tetapi juga menjadi platform yang mendidik dan memberi inspirasi kepada golongan belia, pelajar dan komuniti untuk mengenengahkan gaya hidup sihat dari segi fizikal dan mental.

DevSeries: Mobile App Mastery

Program DevSeries: Mobile App Mastery merupakan inisiatif berfokus untuk membimbing dalam memahami dan menguasai pembangunan aplikasi mudah alih menggunakan Android Studio. Melalui siri ini, peserta akan didedahkan kepada asas pembangunan aplikasi, penggunaan Flutter dan integrasi dengan Firebase bagi menghasilkan aplikasi yang berfungsi dan relevan.

FCVAC TO RISE

Pertandingan The International Research and Innovation Symposium Competition (RISE) 2025 ialah satu pertandingan tahunan yang dianjurkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk memupuk budaya inovasi dan penyelidikan dalam kalangan penyelidik dan akademia. Pertandingan ini menyediakan platform bagi penyelidik untuk membentang dan mempamerkan idea kreatif dan penyelesaian inovatif di samping membolehkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman bersama.

Lawatan CDX: Neon Futurescape

Program Lawatan CDX: Neon Futurescape ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada para peserta untuk merasai sendiri kemajuan teknologi yang diterajui oleh CelcomDigi melalui lawatan eksklusif ke Al Experience Centre. Sepanjang program ini, para peserta akan didedahkan kepada pelbagai solusi digital dan kecerdasan buatan yang sedang dibangunkan dan dilaksanakan dalam membentuk landskap teknologi masa hadapan negara.

FCVAC TO ITREXC 2025

Pertandingan International Innovation, Technology & Research Exhibition and Conference 2025 (iTREXC2025) anjuran Universiti Islam Selangor ialah acara komprehensif yang bertujuan untuk menghimpunkan penyelidik terkemuka, inovator, ahli teknologi dan pengamal daripada pelbagai industri dan disiplin. Acara ini direka untuk mempamerkan trend terkini, kemajuan dan pencapaian dalam inovasi, teknologi dan penyelidikan, terutamanya dalam bidang pendidikan. 

LaravelX

Dalam era digital yang serba pantas ini, permintaan terhadap pembangunan aplikasi web yang efisien, selamat dan mudah diselenggara semakin meningkat. Laravel, sebuah framework PHP yang moden dan elegan, telah menjadi pilihan utama dalam kalangan pembangun web di seluruh dunia kerana kemampuannya mempercepatkan proses pembangunan dengan struktur kod yang kemas dan logik.

Innovate & Illustrate Workshop

Program Innovate & Illustrate Workshop merupakan inisiatif khas yang dibawakan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Permatang bagi membuka minda pelajar terhadap gabungan kreativiti dan teknologi dalam dunia pembelajaran. Melibatkan dua kumpulan pelajar, program ini dibahagikan kepada dua modul utama, iaitu CanvaSmart dan loT4U, yang masing-masing memberi penekanan kepada kemahiran reka bentuk digital dan penerokaan teknologi Internet of Things (IOT).