LAWATAN AKADEMIK SMART TUNNEL 2024
Program ini merupakan Lawatan Akademik yang dianjurkan oleh PEMATEK ke Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Smart Tunnel) Kuala Lumpur. Program ini adalah selaras dengan usaha dari pihak Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) yang diwujudkan bagi mengupaya potensi komuniti di dalam sasaran lokaliti. Lawatan ke atas pihak berkepentingan adalah antara cara yang boleh digunakan untuk mengeratkan hubungan antara komuniti kampus dengan komuniti luar.
Taming the Penguin: Linux Workshop
Program bersifatkan akademik ini dicadangkan khusus untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai asas penggunaan sistem operasi Linux. Sistem operasi Linux merupakan sistem operasi yang digunapakai oleh pelbagai syarikat syarikat ternama sebagai sistem operasi pelayan (server) yang sangat efisien dan dipercayai.Â
Mahasiswa Budiman Menyemai Budi (BERBUDI)
Program ini dirancang khusus untuk membina dan memperkukuhkan nilai-nilai kesukarelawanan dalam diri mahasiswa. Melalui program ini, kita berusaha untuk menanam semangat kekitaan sebagai sebuah pasukan atas nama PEMATEK demi memberikan khidmat terbaik kepada komuniti di lapangan. Program ini bertujuan untuk membentuk mahasiswa yang berbudaya, berintegriti, dan cemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan.Â
PEMATEK’s Rise to the Net Championships
Program ini merupakan pertandingan sukan untuk pelajar dan pensyarah dari Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC) yang dianjurkan oleh PEMATEK bertempat di Kompleks Sukan Unisel, UNISEL Bestari Jaya. Program ini adalah selaras dengan usaha dari pihak Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) yang diwujudkan bagi mengupaya potensi komuniti di dalam sasaran lokaliti. Pertandingan ini diadakan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar dan pensyarah melalui sukan.



